ggge2174 Program pemulihan dalam komuniti
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI

MINGGU 7

STONE ART, PERSIAPAN 'PROPS' &  INFOGRAFIK

​ Tarikh : 8 DISEMBER 2016
Masa : 8.30 a.m -1.00 p.m
Tempat : PDK TAMAN SERI GOMBAK
          Minggu ini merupakan minggu terakhir kami bersama warga PDK Taman Seri Gombak. Aktiviti yang kami cadangkan pada hari ini adalah stone art bersama-sama dengan semua pelatih. Stone art dipilih sebagai aktiviti kerana ia merupakan salah satu terapi seni yang dapat menstabilkan emosi dan menyeronokkan. Stone art juga mampu menjadi saluran kepada kanak-kanak untuk melahirkan perasaan dan sumber untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Melalui aktiviti ini, pelatih dapat mengembangkan daya kreativiti mereka. Saya mendapat idea ini dari program yang telah saya sertai pada semester lepas iaitu program “Art Day for Autism” dan salah satu aktiviti yang diadakan pada program tersebut adalah stone art. Ternyata pelatih amat gembira semasa aktiviti ini kerana mereka merasakan aktiviti tersebut adalah baru dan menarik pada mereka.
          Di samping itu, kami juga telah menyediakan infografik mengenai maklumat tentang ketidakupayaan masalah pembelajaran yang bertujuan untuk membantu ibu bapa pelatih mendapatkan maklumat. Infografik yang kami pilih daripada kursus GGGB1043 Masalah Bahasa dan Komunikasi. Tujuan infografik ini dibuat adalah sebagai salah satu cara untuk menyalurkan maklumat mengenai intervensi yang sesuai untuk membantu pelatih kerana kebanyakan  pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Sri Gombak mempunyai masalah bahasa dan komunikasi dan melalui penyaluran informasi ini ibu bapa mendapat kesedaran mengenai cara untuk meningkatkan keupayaan anak mereka. Ini disebabkan perkongsian dari seorang ahli kumpulan kami iaitu terdapat seorang ibu kepada dua orang pelatih di PDK bertanya mengenai permasalahan yang dialami oleh anaknya walaupun anaknya sudah lama berada di PDK tersebut. Ini menunjukkan dia tidak mendapat saluran informasi yang jelas. Jadi, inisiatif yang kami lakukan adalah dengan menyumbangkan beberapa infografik berguna yang boleh diletakkan di sudut informasi kerana secara tidak langsung ianya dapat membantu serta menambahkan pengetahuan petugas serta penjaga golongan istimewa ini.
      Kami juga telah membantu pihak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk membuat props untuk membuat persembahan “aci-aci buka pintu” di PWTC.  Kami telah membantu PDK membuat topeng, penyapu, pintu dan sebagainya untuk digunakan sebagai props persembahan. Bukan itu sahaja, kami juga membantu  para pelatih menjalani latihan untuk persembahan tersebut. Melalui sesi latihan bersama para pelatih, dilihat mereka juga mampu menari, menyanyi dan kesungguhan dalam memberikan persembahan yang terbaik.
         Sepanjang saya bersama warga PDK ini, banyak perkara baru yang telah saya pelajari. Saya bersyukur kerana di beri peluang untuk menjadi seorang yang dapat berbakti kepada mereka. Diharap program seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap pada masa akan datang.
“Together we shine the special one”.
Picture
Picture
Sunatul & Farizan membantu pelatih membuat 'stone art'
Picture
Picture
Persiapan 'props' untuk pelatih PDK Taman Seri Gombak membuat persembahan di PWTC
Picture
Bahan infografik yang disumbangkan kepada warga PDK Taman Seri Gombak
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI