ggge2174 Program pemulihan dalam komuniti
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI

MINGGU 5

PENGURUSAN DIRI

​ Tarikh : 24 NOVEMBER 2016
Masa : 8.30 a.m -12.00 p.m
Tempat : PDK TAMAN SERI GOMBAK
          Pada 24 November 2016, aktiviti yang kami rancang untuk dilaksanakan di PDK adalah pengurusan diri. Kami merancang mengadakan aktiviti ini untuk memupuk nilai kebersihan kepada setiap pelatih. Berdasarkan salah satu konsep PDK iaitu untuk menyediakan peluang kepada golongan kelainan upaya membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka. Justeru, pengurusan diri adalah amat penting untuk mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian.
          Kemahiran pengurusan yang kami ingin fokuskan pada hari ini adalah melibatkan kebersihan gigi, kekemasan diri dan adab semasa dan selepas makan. Untuk sesi permulaan, seorang ahli kumpulan kami iaitu Farizan akan menerangkan tentang cara-cara menggosok gigi yang betul menggunakan kad gambar serta tayangan video. Kami membuat aktiviti seperti ini adalah untuk memberi penjelasan dengan lebih jelas kepada para pelatih. Setelah sesi penerangan selesai, pelatih dibawa ke satu bahagian dan mengikuti demonstrasi yang dibuat oleh Sunatul. Kami mendapati kebanyakan daripada pelatih mampu memberus gigi sendiri tetapi memerlukan pendekatan dan bantuan daripada orang lain. Semua pelatih juga memberi kerjasama serta mendengar arahan dengan baik. Saya juga mendapati, pelatih-pelatih perlu dikawal dengan baik supaya mereka tidak melakukan sebarang perbuatan yang tidak diingini.
          Selepas aktiviti memberus gigi, pelatih sekali lagi berkumpul bagi pembelajaran seterusnya iaitu berkenaan kekemasan diri. Kami menyediakan sikat dan tisu dan Farizan menerangkan kegunaan dan cara penggunaan tisu dan sikat tersebut. Melalui aktiviti seperti ini, tujuan kami adalah agar pelatih dapat mengaplikasikan pengetahuan ini dalam kehidupan seharian seterusnya mengamalkan selalu di rumah mahupun di PDK. Pelatih juga di harap dapat mencapai objektif latihan urus diri iaitu dapat mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna.
 
Picture
Farizan memberi penerangan berkenaan pengurusan diri
Picture
Pelatih membuat latihan memberus gigi dengan cara yang betul
Picture
Picture
Aktiviti pengurusan diri bersama pelatih
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI