ggge2174 Program pemulihan dalam komuniti
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI

MINGGU 4

TERAPI BERKUDA

​
​ Tarikh : 10 NOVEMBER 2016
Masa : 8.30 a.m -1.00 p.m
Tempat : TAMAN REKREASI BERKUDA, TITIWANGSA
          Pada minggu ini, kami tidak berkunjung ke PDK Taman Seri Gombak kerana kami mengikuti mereka ke Taman Rekreasi Taman Tasik Titiwangsa bagi menghadiri sebuah program yang berunsur terapi dan riadah. Kami terpaksa pergi sendiri ke tempat tersebut disebabkan terdapat masalah dengan pengangkutan universiti. Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada kami untuk turut serta bersama dengan PDK Taman Seri Gombak menjalani aktiviti tersebut. Kami memulakan perjalanan kami seawal jam tujuh pagi. Alternatif yang kami pilih adalah dengan menaiki kenderaan awam iaitu keretapi. Pelbagai dugaan yang kami hadapi sepanjang perjalanan pada awalnya tetapi kami menganggap dugaan tersebut sebagai satu ujian dan pengalaman baru kepada kami.
           Saya dan ahli kumpulan mendapat maklumat bahawa program terapi berkuda ini adalah satu program yang wajib dijalankan selama sekali pada setiap bulan untuk para pelatih. Penglibatan ibu bapa pelatih juga amat menggalakkan pada hari tersebut. Saya melihat pelatih-pelatih di sini amat seronok dan teruja mungkin disebabkan mereka kurang di dedahkan dengan persekitaran luar dan apabila sesekali diberikan peluang sebegitu membuatkan mereka sangat gembira. Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk membantu individu yang mengalami masalah emosi dan mental untuk membina konsentrasi, meningkatkan kesabaran dan berdisiplin tinggi serta membentuk kerjasama dan ikatan emosi di antara penunggang dan kuda. Terima kasih juga kepada pihak bertanggungjawab yang menyediakan kemudahan latihan seperti ini kepada golongan berkeperluan khas ini. 
         Saya juga berpeluang untuk menunggang kuda pada hari ini dan ianya merupakan pengalaman pertama saya menunggang kuda. Saya sendiri secara peribadi merasakan aktiviti seperti ini sangat membantu dari segi emosi. Selain itu, semasa aktiviti ini berlangsung, saya juga melihat interaksi di antara penjaga dan petugas-petugas PDK yang bertanya mengenai perkembangan anak mereka di PDK. Ini menunjukkan bahawa aktiviti seperti ini juga menjadi satu platform untuk ibu bapa dan petugas untuk berkongsi dan menerangkan perkembangan pelatih sama ada di PDK ataupun di rumah. Mereka juga dapat mengeratkan ukhuwah sesama sendiri.
          Setelah sesi bekuda selesai, semua pelatih berehat sebentar kemudian kami menyambung aktiviti hari ini dengan mengadakan sukaneka yang bertempat di taman. Kami memulakan aktiviti dengan senaman senamrobik. Kami merancang aktiviti ini kerana kami tahu ianya adalah baik bagi perkembangan kemahiran motor kasar, meningkatkan kemahiran sosial dan emosi, merangsang koordinasi deria serta mendedahkan pelatih dengan suasana luar. Saya juga melihat beberapa pelatih yang gemar memberi alasan ketika aktiviti yang diadakan sebelum ini berubah dan bersama-sama mengikuti program yang dirancang. Saya berpendapat bahawa, mungkin sebelum ini di PDK mereka sudah merasa jemu atau bosan kerana berada pada tempat dan persekitaran yang sama, mungkin hari ini disebabkan mereka berada pada persekitaran yang baru hari ini membuatkan mereka tertarik untuk menyertai aktiviti yang dirancang.

 
 

Picture
Terserlah kegembiraan di wajah pelatih
Picture
Pelatih bersama petugas dan penjaga menaiki kereta kuda
Picture
Picture
Aktiviti sukaneka
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI