Tarikh : 3 NOVEMBER 2016
Masa : 8.30 a.m -1.00 p.m
Tempat : PDK TAMAN SEI GOMBAK
Masa : 8.30 a.m -1.00 p.m
Tempat : PDK TAMAN SEI GOMBAK
Minggu ini merupakan kali ke tiga kami bersama warga PDK Taman Seri Gombak. Aktiviti yang kami rancang pada hari ini adalah subjek kreativiti dan kraftangan iaitu kolaj. Tujuan kami melaksanakan aktiviti ini adalah bagi membantu meningkatkan kecekapan kemahiran motor halus. Kemahiran motor halus merupakan elemen yang penting dalam perkembangan seorang kanak-kanak terutama dari sudut akademik, sosial, emosi dan juga tingkahlaku. Ini kerana, kami mendapati pelatih-pelatih di sini terdiri daripada kategori Sindrom Down, Austisme dan hiperaktif. Menurut Case-Smith (1993) dan mereka juga dikenalpasti mempunyai masalah dengan kemahiran motor halus.
Untuk pengetahuan semua, kemahiran motor halus merupakan aktiviti yang melibatkan penggunaan otot yang kecil dan kemahiran ini juga merupakan elemen penting dalam perkembangan seseorang. Melalui pemerhatian saya, kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah iaitu tidak dapat menjalankan aktiviti yang melibatkan penggunaan tangan seperti menggunting, menulis, memegang pensel dengan betul, mengoyak kertas dan lain-lain lagi. Oleh kerana aktiviti ini memerlukan mereka untuk untuk menggunting serta menampal, kami membantu mereka melakukan perkara tersebut bersama-sama. Semasa aktiviti ini dilakukan, jari-jemari mereka yang bergerak merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran motor halus. Alhamdulillah, mereka dapat menyempurnakan tugasan tersebut dengan baik dan tiada yang mengalami kecederaan.
Selain itu, saya juga dapat lihat, melalui aktiviti ini, daya kreativiti pelatih ini juga dapat ditonjolkan. Ada juga pelajar yang dapat menghasilkan kolaj yang cantik. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelatih di PDK tersebut ini kerana mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan dan di minta menyediakan hasil yang paling menarik bersama-sama. Saya juga mendapati, beberapa pelatih yang mempunyai kemahiran motor yang lemah juga menghadapi masalah dalam pengurusan diri . Mereka tidak mampu memakai stokin, menggunakan tandas, memakai kasut dan banyak lagi.
Pada hari ini juga, saya sempat berjumpa dengan seorang pelatih cilik. Adik ini disahkan mengalami Global Developmental Delay (GDD). GDD bermaksud perkembangan tergendala atau lambat atau tidak mengikut umur yang sepatutnya. Usia adik ini sudah menjangkau 4 tahun namun dia masih tidak boleh berjalan. Kami dimaklumkan bahawa bapanya akan menghantarnya ke PDK pada setiap hari untuk mengikuti rawatan fisioterapi. Melalui pemerhatian saya, bapanya adalah seorang yang sangat menyokong serta berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anaknya. Dia akan setia menunggu rawatan yang dilakukan serta belajar serba sedikit daripada ahli fisioterapi tersebut. Ini menunjukkan dia merupakan seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan tidak merasakan kekurangan yang ada pada anaknya adalah satu beban malah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai. Saya amat mengagumi keperibadian tersebut.