ggge2174 Program pemulihan dalam komuniti
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI

minggu 1

HARI PENGENALAN & PENYEDIAAN 'PROPS'

Tarikh : 13 Oktober 2016
Masa : 8.30 a.m -1.00 p.m
Tempat : PDK Taman Seri Gombak


​          Hari ini merupakan hari pertama kami sekelas akan bersama kumpulan masing-masing ke PDK yang telah dipilih oleh setiap kumpulan. Kumpulan kami telah memilih PDK Taman Seri Gombak sebagai destinasi pilihan. Perasaan saya pada pagi ini adalah sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama kaki saya melangkah ke pusat ini. Pelbagai perkara bermain di minda saya pada awalnya. Kami berkumpul di Panggung Seni seawal jam tujuh pagi. Kami sekelas dibahagikan kepada dua bas kerana tempat yang kami tuju adalah berlainan arah. Saya dan ahli kumpulan akan menaiki bas B iaitu bersama-sama kumpulan dari PDK KAMII dan PDK Taman Ehsan Kepong. Tidak saya sangka perjalanan ke tempat PDK ini agak lama iaitu memakan masa hampir satu jam dan ianya membuatkan saya semakin tidak sabar untuk sampai di sana.
          Sesampainya di sana, kami di sambut mesra oleh petugas-petugas. Mereka semua amat mengalu-alukan kedatangan kami. Kami mula memperkenalkan diri serta memberitahu tujuan kedatangan kami. Saya terkejut melihat bilangan ahli pelatih di sini amat sedikit iaitu lebih kurang tujuh orang sahaja yang ada pada ketika itu. Persoalan saya terungkai apabila dimaklumkan oleh petugas PDK Taman Seri Gombak bahawa majoriti pelatih-pelatih lain mengikuti latihan bagi pertandingan sukaneka. Kami juga tidak berpeluang berjumpa dengan penyelia PDK tersebut iaitu Puan Hajjah Zaharah kerana beliau menjadi pengiring kepada pelatih-pelatih yang menjalani latihan sukaneka. Saya cuba mengenalpasti dan membuat pemerhatian terhadap beberapa pelatih si sana. Ada diantara mereka yang mengalami Sindrom Down, Hiperaktif, Cerebral Palsy dan Autisme. Kami memulakan aktiviti kami pada hari ini dengan aktiviti perkenalan di antara semua pelatih. Majoriti dari mereka mengalami masalah bahasa. Mereka tidak boleh berkomunikasi dengan baik dan petugas disanalah yang membantu mereka memperkenalkan diri.
          Seterusnya kami di minta oleh petugas disana untuk membantu mereka menyiapkan ‘props’ bagi pertandingan drama dan tarian yang akan mereka sertai pada minggu hadapan di Selayang Mall. Pada hari itu kami membuat ‘props’ seperti topeng, burung hantu, pintu, tongkat dan lain-lain lagi. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari pada hari ini. Yang pertama adalah saya dapat mengetahui situasi sebenar di PDK tersebut. PDK ini adalah satu tempat untuk golongan istimewa yang memberi banyak manfaat kepada mereka. Selaras dengan objektif penubuhan PDK itu sendiri iaitu menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam pemulihan orang kurang upaya ini. Di mana program ini amat memberi manfaat kepada golongan ini dalam membantu meningkatkan kemahiran, perkembangan sosial iaitu mereka dapat bergaul bersama orang lain, latihan-latihan dan pelbagai lagi. Dengan adanya pusat seperti ini, perkhidmatan yang diperlukan oleh golongan OKU ini dapat disediakan dengan baik dan teratur. Saya juga berpeluang untuk mengenali serta memahami keadaan dengan diri mereka dengan lebih dekat lagi bukan sahaja untuk hari ini malah hari-hari yang akan datang.

​
Picture
Ahli kumpulan saya. Elmi, Aishah, Adillah, Farizan, Alia & Sunatul
Picture
Kami menyediakan "props" untuk pertandingan talentime.
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI