ggge2174 Program pemulihan dalam komuniti
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI

MINGGU 6

TERAPI MUZIK (SELAWAT DAN ZIKIR)

​ Tarikh : 1 DISEMBER 2016
Masa : 8.30 a.m -12.00 p.m
Tempat : PDK TAMAN SERI GOMBAK
          Hari ini merupakan kali keenam kami menjalankan aktiviti bersama warga PDK Taman Sri Gombak. Di PDK ini terdapat pelbagai jenis ketidakupayaan pelatih dan ada beberapa pelatih yang mempunyai masalah untuk mengawal emosi dan tingkah laku mereka khususnya pelatih yang mengalami autisme. Dengan masa yang telah diluangkan dengan mereka, saya sudah mampu mengenalpasti permasalaan bagi setiap pelatih. Kebanyakan daripada mereka mempunyai masalah emosi, mudah mengamuk dan menangis serta menjerit. Malah, ada pelatih yang menggunakan keganasan seperti mencakar dan memukul.
          Disebabkan situasi sebegini, maka kami telah memilih terapi selawat sebagai intervensi untuk membantu menstabilkan emosi mereka. Aktiviti ini dicadangkan oleh Farizan yang telah melihat sendiri keberkesanan iaitu yang dijalankan di Akademi Faqeh.  Pagi itu, seorang pelatih bernama Faiz yang merupakan anak autisme pada mulanya menangis dan menjerit dengan kuat sekali, namun, setelah dipasangkan selawat dan zikir, Faiz turut serta dan berzikir bersama kami. Faiz yang pada mulanya menangis dan menjerit dengan kuat mula beransur tenang dan tangisannya juga semakin reda.
          Pada hari ini juga, kami telah menjalankan aktiviti ‘circle time’ yang bertujuan untuk menggalakkan pelatih berkomunikasi. Semua pelatih akan duduk dalam satu bulatan besar dan kami akan memanggil seorang demi seorang untuk berdiri dan bercakap. Semasa berinteraksi dengan pelatih mengenai topik makanan kegemaran, hobi dan sebagainya membantu mereka mengekspresikan perasaan mereka. Oleh itu, melalui aktiviti sebegini dapat menggalakkan mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru. Di samping, meningkatkan keyakinan diri pelatih, mereka mampu memperbaiki tahap penguasaan bahasa mereka. Mereka juga dapat meningkatkan hubungan sosial di antara para pelatih.
 

 
Picture
Pelatih berzikir di dalam bulatan
Picture
Akiviti "circle time" bersama pelatih. Pelatih bercerita tentang diri masing-masing
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI