ggge2174 Program pemulihan dalam komuniti
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI

MINGGU 2

PERTANDINGAN TALENTIME PERINGKAT DAERAH GOMBAK 2016

​ Tarikh : 20 Oktober 2016
Masa : 8.30 a.m -1.00 p.m
Tempat : Selayang Mall


           Pada minggu kedua kami bersama warga PDK Taman Seri Gombak, kami tidak berkunjung ke PDK mereka ini kerana kami di pelawa untuk bersama-sama dengan mereka ke Selayang Mall bagi memeriahkan Program Talentime Peringkat Daerah Gombak 2016. Program ini bukan melibatkan kumpulan kami sahaja malah kumpulan dari PDK KAMII dan PDK Taman Seri Ehsan juga turut serta bagi memberi sokongan kepada PDK masing-masing. Sejurus sampainya kami di sana, kami terus mencari petugas-petugas serta pelatih-pelatih dari PDK Taman Seri Gombak. Ternyata mereka sudah berada di sana agak lama. Ini menunjukkan semangat yang ada dalam diri mereka unuk menyertai pertandingan ini.
          Pertandingan ini diadakan pada 20 Oktober 2016 dan penyertaan bagi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah dari tiga kategori iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Pemulihan Dalam Komuniti, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). PDK Taman Seri Gombak menghantar sebanyak 2 penyertaan bagi pertandingan ini iaitu satu penyertaan bagi pertandingan nyanyian dan satu penyertaan bagi pertandingan tarian. Secara keseluruhan bagi pertandingan ini, sebanyak sebelas penyertaan dalam pertandingan nyanyian, sepuluh penyertaan kumpulan tarian dan dua kumpulan dalam penyertaan percussion iaitu menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan muzik.
          Pada pandangan saya, aktiviti seperti ini amatlah sesuai dianjurkan. Ini kerana, ia menjadi platform bagi golongan-golongan istimewa ini untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka. Mereka juga mampu setanding dengan individu normal yang lain. Hal ini kerana, secara jujurnya saya merasakan ada juga dari kalangan golongan yang menyertai pertandingan ini mempunyai bakat yang semulajadi. Selain itu juga, program seperti ini juga mampu menjadi satu tempat dimana golongan istimewa ini dapat meningkatkan keyakinan untuk berhadapan masyarakat. Mereka juga berhak untuk bergaul dengan komuniti. Mereka juga mampu bersosial dan kita sebagai sebagai insan yang normal tidak sepatutnya mendiskriminasikan golongan mereka disebabkan mereka mempunyai sedikit kelainan berbanding kita.
          Berdasarkan apa yang saya dapat lihat, warga PDK Taman Seri Gombak amatlah bersemangat. Semangat itu bukanlah datang dari pelatih-pelatih sahaja malah petugas-petugas dan penyelia PDK tersebut. Mereka amat memberi sokongan yang terhadap PDK tersebut ini dibuktikan dengan kehadiran awal pada hari pertandingan tersebut serta kami juga dimaklumkan oleh penyelia bahawa mereka setiap hari akan berlatih di PDK mereka bagi membuat persediaan untuk pertandingan ini. Semangat ini sebenarnya perlu di terapkan dalam diri masing-masing bagi meningkatkan lagi keyakinan golongan istimewa ini. Selain itu, saya juga melihat pelatih-pelatih ini amat gembira apabila dapat menonjolkan diri di hadapan khalayak ramai iaitu semasa membuat persembahan di atas pentas. Mereka membuat persembahan tersebut dengan sepenuh hati. Mereka juga gembira apabila dapat bergaul dengan orang ramai dan manfaat daripada situ juga, mereka dapat memperkembangkan hubungan sosial.
          Banyak yang saya telah belajar dan peroleh pada hari ini. Saya bukan sahaja belajar cara untuk mempersiapkan diri mereka yang penuh karenah sebelum membuat persembahan, malah saya turut belajar satu perkara penting pada hari ini iaitu untuk meningkatkan keyakinan pada golongan istimewa seperti mereka, kita perlu menzahirkan semangat yang ada di dalam diri bagi membantu serta meningkatkan keyakinan di dalam diri golongan-golongan istimewa ini. Saya juga berharap, aktiviti seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa akan datang kerana banyak manfaat yang terhasil daripada aktiviti seperti ini.
Picture
Seorang pelatih PDK Taman Seri Gombak mendendangkan lagu "Madah Berhelah".
Picture
Bersama pelatih-pelatih yang menyertai pertandingan drama & tarian.
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Siapa Saya?
  • Apa itu PDK?
    • Pengenalan
    • Sejarah
    • Objektif Penubuhan
    • Model PDK
  • Refleksi Kendiri
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
  • MEMORI